Nama         :  Muknah Binti Hj.Mahmud

 Umur         :  48 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan muknah Binti Hj.Mahmud telah menetap di kg.tamau dari kesil lagi dan kedua ibu bapa nya adalah berasal dari kg tamau kota belud. Puan muknah adalah seorang petani dan juga menjalankan perniagaan tikar anyaman mengkuang ini untuk menyara enam orang anak nya. Puan Muknah adalah seorang balu. Beliau menjadikan tikar anyaman mengkuang ini sebagai pendapatan tambahan pada mulanya sehingga la beliau di bantu oleh anaknya untuk promosi perniagaan menganyam tikar mengkuang ini. Hasil kraftangan beliau ini sesuai di jadikan hiasan di dinding rumah dan di buat alas tidur. Beliau juga menjadikan tikar anyaman mengkuang ini untuk hiasan pelamin suku kaum irranun dan bajau.

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop 
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu dan memberi idea dalam penghasilan ‘sticker’ produk
  • PI membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI
  • Memberi kelas tambahan yang diperlukan