BELAJAR MICROSOFT OFFICE WORD,POWER POINT & EXCEL,ASAS KOMPUTER,PENGGUNAAN SEARCH ENGINE,PENGGUNAAN GMAIL & FACEBOOK

 

 

 NAMA  MOHAMMAD HADZIQ AIZAM BIN JAMJURI
 UMUR  9 TAHUN
 AHLI  03.03.2018

Latar Belakang

   Adik Mohammad Hadziq Aizam  merupakan seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Tamau, dia berumur 9 tahun dan berada dalam kelas tahun 3.Mohammad Hadziq Aizam telah datang berjumpa dengan petugas Pusat Internet Kg.Tamau untuk mempelajari cara-cara untuk mendapatkan maklumat pembelajaran yang berkaitan di dalam internet.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Kg.Tamau, adik Mohammad Hadziq Aizam hanya memerhati sahaja rakan-rakan yang lain menggunakan komputer. Setelah beberapa minggu, adik Hadziq Aizam telah menjadi ahli Pusat Internet Kg.Tamau dan menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan ICT yang terdapat di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Adik Hadziq Aizam selalu mengikuti perkembangan kelas yang diadakan dan dia sendiri telah mengikuti kelas dan latihan yang berkaitan dengan ICT. Kelas yang diikuti telah memberi ilmu baru kepada beliau dan secara tidak langsung telah memberi pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet beliau.