Tarikh   19 mei 2018
Masa Jam 9 pagi 
Tempat  Pi1M Kg.Tamau
Peserta  25 Orang (belia dan lepasan sekolah)

 

Tujuan

Pertandingan ini disertai oleh 25 orang lepasan sekolah dan belia kampung yang mana mempunyai telepon sendiri dan telah bermain permainan mobile legend ini. Tujuan aktiviti di adakan adalah untuk menarik minat belia ke pusat internet dan mengetahui fungsi pusat internet kepada mereka.

Aktiviti

Penerangan mengenai klik dengan bijak di mulakan sebelum memulakan permainan. Di samping itu juga penerangan mengenai peraturan-peraturan permainan mobile legend. Untuk menyertai permainan ini mesti membawa telepon sendiri. Perlawanan adalah menggunakan custom draftpick di mana semua kumpulan akan bertemu dan pengiraan mata kepada pemenang dan siapa kumpulan yang mendapat mata tertinggi di kira pemenang. 

Gambar di sini

Tarikh : 13.05.2018
Masa : 9 Pagi-12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau
Peserta : 13 Orang

Tujuan

Kelas yang dihadiri oleh 13 orang pelajar sekolah rendah untuk menyertai kreatif sains.

Aktiviti

Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.youtubecom sebagai rujukan untuk mencipta bahan kreatif daripada pelajar-pelajar. Kelas ini juga menggunakan bahan-bahan terbuang untuk di jadikan bahan-bahan kreatif. Dalam kelas ini juga di masukkan advokasi klik dengan bijak untuk pelajar-pelajar tahu apa itu klik dengan bijak.

Gambar Klik Disini

Tarikh : 05.05.2018
Masa : 9 Pagi-12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Kelas yang dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah untuk mengenal robotik sphero edu sekaligus mengendalikan robotik tersebut.

Aktiviti

Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.youtube.com untuk testimoni tentang penggunaan sphero edu dan laluan-laluan yang di buat oleh sphero edu. Di samping itu para pelajar di beri peluang untuk mengendalikan sphero edu dan mengikut laluan yang di sediakan dalam kertas A3. Robotik ini bukan sahaja menarik minat para pelajar bermain sekaligus dapat belajar pengiraan sudut ,laju, dan masa.

Gambar Klik Disini

Tarikh : 06.05.2018
Masa : 9 Pagi-12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Kelas yang dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah untuk belajar english secara online.

Aktiviti

Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.adaptedmind.com dan www.englisch-hilfen. untuk belajar grammar,vocabulary,test dan terdapat permainan yang menguji minda pelajar. Jika pelajar tidak tahu akan ayat english mereka menggunakan google translate untuk mengetahui maksud-maksud ayat dalam english itu.

Gambar Klik Disini

Tarikh : 22.04.2018
Masa : 9 Pagi-12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Kelas yang dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah untuk belajar mahir mewarna dalam talian.

Aktiviti

Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.online-colouring.com. setiap pelajar di beri tugasan untuk mewarna tiga gambar.

Gambar Klik Disini